Monday, December 13, 2010

aquh bosan...... lol...!!!

bhusan nyur wei duk deam2 d umah nhe...
sdah lurh tgh b'gelar bambongan berjaya skrg nhe..
bhusan tahap gaban sua aquh nhe..
mw tw purh rutin harian quh skunk nhe..


tunggu matahari hampir terpacak atas kpala bru bgun..
then.. bersihkan diri..
pastuh wat mnuman..( milo fuze ala yg packet2 tuh bhu )
then on laptop..
pastuh on9 memanjang.... sampai lurh quh muak sua..
kikikiki~~..
tapi sampai tgh mlm juak quh un9..
atuuiiiyaiiiii.... matik lurh lw b'pnjngn mcm nhe....


k lurh.. prut quh mcm lpar plak bhu.. mw mkn dluek..
kikikikiki~~


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~

Saturday, December 11, 2010

aku kembali untuk menjana entri2 baru..... :)

setelah menyepi dalam suatu jangka masa yang agak lama..
aku mula merindui blog ku yang telah lama terbiar tanpa entri baharu..
tapi kini aku telah kembali..
dan aku pasti akan mengisi ruangan blog ku ini dengan variasi cerita kehidupan..
dah nama blog pown life's situation kn..??
mesti lurh semua fasal kehidupan..
yang pasti..
sama ada dalam bentuk cerpen berepisod.. sajak.. pantun.. atau whatever..
semua adalah hak cipta terpelihara..
original by me..
copy and paste adalah diharamkan sama sekali ok..??
melainkan mendapat kebenaran daripada diri ku..

p/s: ty tgh2 mlm sikit aku post entri baru k.. sebab nya skrg nhe suasana  tak aman.. ada majlis kenduri kahwin d lorong sebelah,,, jadik agak bising ..

Wednesday, December 8, 2010

done..!!

oready done all my paper on 6th december 2010...

seriously gonna mish all my fwenz...... 


:'(

Thursday, November 25, 2010

23.11.2010

tarikh bermula paper SPM quh yg pertama..


bahasa melayu kertas 1 adalah membuka medan peperangan quh ini..


diikuti dgn paper bahasa melayu 2..


berkat doa mmy dan ddy, cikgu2, saudara mara serta kengkawan...


dapat jgak aquh mnjawab paper2 tersebut tnpa sbrang masalah...


p/s : 3 subject is done.. have another 6 subjects to go...

Monday, November 22, 2010

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

WAHHH...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! masa berlalu begitu pantas...


SPM akan bermula kurang dri 24 jam dri saat ini.....


kepada sume calon2 SPM.... do da best k.....


p/s kpada para pembaca doakan kejayaan kami......

Saturday, November 20, 2010

Thursday, November 18, 2010

new....

saat hati kelam menyatakan rasa rindu.. aq mula teringatkan laman blog quh yang telah lama tidak quh jenguk.. lalu terasa ringan jari-jemari quh untuk mencurahkan ilham di dada... sudah terlalu lama aq tidak menulis d laman ini sehinggakan aq mula terasa kekok untuk memulakan setiap baris madah kata-kata quh.. SPM bakal merasuk ruang minda pelajar-pelajar tingkatan lima tidak lama lagi.. hanya selang beberapa hari sahaja lagi,  aq bakal duduk di dalam dewan peperiksaan untuk menentukan nasib masa hadapan quh.. takut bercampur sedih menjadi lauk kepada santapan jiwa quh kini.. takut kerana memikirkan persiapan diri untuk menjalani peperangan individu dan sedih kerana bakal meninggalkan alam persekolahan tidak lama lagi.. pasti selepas ini.. baju sekolah quh hanya akan menjadi hiasan di kamar quh.. dan buku-buku sekolah pasti akan tersusun rapi tanda peringatan quh kepada alam persekolahan.. aquh ingin mendapat yang terbaik dalam peperiksaan ini untuk mencapai cita-cita quh.. begitu juga dengan rakan-rakan quh yang lain.. aquh harap mereka dapat melakukan yang terbaik.. peperiksaan yang perlu aquh jalani sepanjang 2 minggu nanti iaitu bermula pada 23november 2010 dan berakhir pada 06 disember 2010 pasti akan memberikan aquh seribu satu kenangan.. doa dan restu daripada orang tua quh dan juga barisan pendidik amat aquh perlukan sebagai penyuluh di suasana gelap agar aquh dapat menjawab soalan dengan sempurna..... selepas tamat pepriksaan aquh akan mula merajinkan diri untuk meng'update' lamam blog ini dengan pelbagai kisah suka dan duka yang telah aquh jalani sepanjang aquh bergelar pelajar sekolah......

Tuesday, October 26, 2010

kisah tiga sahabat (part 9)

saat bulan menggantikan posisi matahari..
saat dingin menggantikan kehangatan mentari
setiap detik silih berganti...
sentiasa aku berada disini.....

malam...... mungkin adalah waktu kegemaran ku... kerana hanya pada waktu malam sahaja yang mampu membuat aku untuk menukilkan sesuatu yang baharu di ruangan ini.. irama malam yang puitis di cuping telingaku memberikan aku suatu kedaimaian dalam hidup... dan pada kedinginan malam ini, aku akan cuba untuk melayarkan bahtera ceritera yang masih lagi berkaitan dengan diriku bersama rakan-rakan ku... kini, masa untuk kami bertiga untuk bersama cukup singkat.. sebulan akan datang kami bakal menghadapi peperiksaan penting yang bakal menentukan arah tuju kehidupan kami.. sepanjang persahabatan kami selama dua tahun, banyak suka duka yang telahh kami lalui bersama.. banyak yang aku pelajari dari mereka.. mereka adalah sahabat yang paling 'cool' yang pernah kukenali.. aku amat menghargai setiap detik pertemuan kami bersama.. aku paling suka bila berketawa dengan mereka... best.... aku suka pergi bersiar-siar bersama mereka walaupun dh agak lama kami xdapat bersiar-siar kerana sibuk menyiapkan diri untuk SPM.. wish plan kami pas SPM nhe menjadi.. paln itulah yang bakal menjadi kenangan terindah kami bersama.. aku juga kurang yakin jika kami dapat berjumpa secara kerap lagi selepas tamat persekolahan.. aku sayang mereka sangat-sangat.. setiap detik kebersamaan kami pasti akan menggembirakan.. hahahaha.. ohh ya.. baru-baru ni, kami menghadiri kelas tuisyen physics.. tapi tunggu punya tunggu, cikgu tak sampai-sampai lagi. jadi, kami bertiga pun membuat keputusan untuk pergi mencari makanan... eycha... dia nak makan goreng pisang yang ada cheese.. so.. kami pun pergi lah dekat iceworld.. tapi.. makanan tersebut tak ada sebab stallnya tutup.. jadik kami pun decide pergi kat area milimewa cari makanan.. tanpa kami sedari, kami dh buang banyak masa hanya untuk membeli makanan.. kami samai kat pusat tuisyen lebih kurang jam 3:45... hahahahahaha..... cikgu dah pun start mengajar.. yang kami ni,,, sampai-sampai jew kat kelas, trus makan.. sebab prut waktu tu tengah berkeroncong.. arrrrggghhhh....... LAPAR...!!! jadi kami pun makan sambil mendengar penjelasan cikgu.. padahal tak dapat nak fokus bab asyik nak makan.... dalam lebih kurang pukul 4 lebih baru aku dapat menumpukan perhatian dengan apa yang cikgu ajar...yang bestnya hari tu.. aku dan fieyQa susah nak berhenti ketawa.. ada saja yang menggelikan hati kami.. memang best lah arhe tuh... i'm gonna miss taht day damn much....!!! i love all my time with my besties.......

Friday, October 22, 2010

kisah tiga sahabat (part 8)

malam menjenguk lagi.. dan seperti biasa... aku akan berhadapan dengan komputer ribaku untuk menyusun baris-baris madah yang akan mengisahkan tentang kami tiga sahabat.. saat malam bermelankolikkan suara serangga-serangga malam.. aku ditemani akal fikiran ku untuk melakar cerita ini.. pada bahagian yang lalu aku telah menceritakan kisah percintaan sahabatku fieyQa. menyentuh hati bukan kisah nya?? namun, pada bahagian ini, aku akan menceritakan sesuatu yang pastinya biasa dialami oleh setiap individu yang bergelar pelajar.. pasti akan ada kenangan yang terindah didalam kelas bukan?? 5 Dinamik.. itulah kelas yang menjadi tempat untuk kami mengaut ilmu.. segala peristiwa pahit.. manis .. suka.. duka terjadi didalam kelas kami.. kami ada pelajar-pelajar yang mengambil bidang matapelajaran kimia fizik, matematik tambahan dan reka cipta/sains pertanian.. kalau anda semua nak tahu.. suasana dalam kelas kami memang "happening" setiap hari.. kerana.. kami mempunyai barisan pelajar lelaki yyang cukup sporting.. walaupun sikap mereka yang agak nakal sedikit sebanyak memberi ganguan ketika hati ingin belajar sepenuhnya.. namun.. tanpa mereka dalam kelas.. kelas menjadi seolah-olah sedang menghadapi musim dingin.. itu lah metafora yang boleh aku berikan untuk menggambarkan betapa sunyinya kelas tanpa lawak jenaka mereka.. aku yakin bahawa mereka adalah sahabat yang baik walaupun ada masanya membuatkan aku merasa geram dengan tindakan mereka.. orang-orang yang aku sebutkan itu ialah pelajar-pelajar lelaki didalam kelas ku.. kelas kami hanya menenpatkan 28 orank pelajar sahaja.. dan populasi pelajar perempuan dalam kelas kami hanya seramai 10 orang sahaja.. oleh itu.. lelaki yang menguasai kelas.. huhuhu... pelajar-pelajar lelaki dalam kelas ku mempunyai mulut yang agak bising.. hanya diam pada waktu awal pagi.. apabila mereka semua dah berjumpa.. mula lah ketawa sehingga tak ingat dunia.. huhuhu.... kadang-kadang geli hati jugak apabila mendengar hilai tawa mereka.. satu aktiviti kesukaan mereka.. main hempap.. alah.. yang macam main rugby tuh.. kasihan lurh kalau yang terhempap tuh berbadan kecil kerana kebanyakkan pelajar lelaki yang ada dalam kelas ku memiliki tubuh badan yang agak besar dan sasa.. kalau nak dengar kelas kami aman.. hanya pada satu masa sahaja,, iaitu pada masa peperiksaan,, memang senyap..huhuhu...perempuan kat dalam kelas aku mempunyai sifat yang agak skema.. mungkin sebab bergelar kaum hawa,, meskipun sedemikian.. sifat menghargai persahabatan dalam segelintir diri srikandi 5 dinamik tidak boleh dinafikan.. aku terimbas kembali akan suatu peristiwa yang menempah diriku pada tahun lalu.. waktu itu adalah pagi rabu.. cuaca pada dinihari itu agak sejuk.. dan aku pula pada ketika itu agak kurang sihat tetapi masih menghadirkan diri kesekolah.. kebetulan pada ketika itu aku duduk dibawah kipas yang sedang ligat berpusing dan menyebabkan hawa menjadi bertambah sejuk.. jari-jemari ku mula kelihatan pucat.. bibir ku juga menunjukkan tanda yang sama.. kemudian tubuh ku terasa seperti digoncang kerana ku mula mengigil... nafas ku mula sesak.. dan penglihatan ku mulai kabur.. tanpa disedari, aku terus terjatuh kebahu kawanku.. dengan segera,, mereka rakan-rakan ku mengangkat aku kebilik guru lalu memanggil ambulans untuk membawaku kehospital.. disaat itu hanya aku yang tahu bagaimana perasaan berterima kasihku terhadap rakan-rakan yang telah banyak membantu ku...:)
kenangan aku bersama warga 5dinamik pasti akan ku sematkn dengan kemas didalam kotak ingatan ku.. agar ia tetap bersemadi sepanjang hayat dan menjadi kenangan terindah buat aku dan 5Dinamik... :)

Tuesday, October 19, 2010

Ronan Keating - Superman

tentang dirinya

saat malam melabuhkan tirainya, aku seperti biasa menghadap  komputer ribaku untuk mencurahkan segala yang terbuku didalam hatiku.. malam ini, aku tidak mempunyai idea yang mampu kukeluarkan dari kotak pemikiranku kerana mindaku sesak dengan jiwaku yang luka. mungkin para pembaca untuk malam ini tertanya-tanya mengapa aku tidak seperti malam-malam yang sebelum ini yang hanya menukilkan kisah-kisah aku bersama sahabat-sahabat karibku. hal ini kerana malam ini aku seperti kehilangan seseorang yang penting dalam hidupku. walaupun baru sahaja aku mengenali dirinya, aku sudah terasa seperti pernah mengenalinya suatu ketika dahulu. aku mungkin telah banyak melakukan kesilapan ke atas dirinya. dan mungkin jugak aku telah banyak menyusahkan dia. aku senang bila bersama dengannya, aku senang mendengar lawak jenakanya, aku senang melihat wajahnya. setiap detik waktu pertemuan aku bersamanya masih lagi tersimpan kemas dalam ingatan ku. salahkah sekiranya aku mencemburuinya? mungkin kerana jarak usia kami yang agak jauh membuatkan tahap pemikiran kami tidak sealiran. mungkin aku tidak padan untuk bersma dengannya.. dan mungkin juga kami hanya ditakdirkan untuk berkawan sahaja.. mungkin juga belum tiba masanya untuk aku menjalinkan hubungan ini... aku bingung..!!! banyak sangat persoalan yang timbul.. bagaimana jika aku kehilangannya..?? bagaimana jika orang lain mengambilnya dari aku..??? bagaimana jika aku perlu bersendirian lagi?? semua nya sudah terlambat sebab aku memang telah kehilangan dia.. setiap tempat yang kami kunjungi ketika bersua pasti akan aku memorikan dengan indah... dan aku tidak akan lagi mengunjungi tempat-tempat tersebut melainkan dengan dia....... apa-apa pun, aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan juga kebahagiaannya.. sekiranya dia membaca warkah ku ini, aku bukan menaruh simpati.. ini hanyalah sekadar juraian kata-kata yang menggambarkan perasaan ku sekarang.. harap aku dapat jalani kehidupan ku tanpa dia dengan sabar...
aku hanya memerlukan sejam sahaja untuk mengenalimu..
aku hanya memerlukan sejam sahaja untuk merapatimu..
aku hanya memerlukan sejam sahaja untuk jatuh hati kepadamu..
namun..
aku tidak dapat melenyapkan mu dari fikiranku sampai bila-bila..
aku tidak dapat menghapuskan rasa rinduku terhadapmu..
aku tidak boleh berdiri kukuh tanpa mu..
tapi..
aku akan cuba untuk harunginya sendirian.....

Monday, October 18, 2010

kisah tiga sahabat (part 7)

kepekatan malam kian terasa, jari-jemari ku masih lagi lincah menekan huruf-huruf yang terdapat pada papan kekunci komputer riba ku... tergerak hati ku untuk melakarkan dan mewarnai sebuah kisah tentang rakan ku yang bakal menjadi santapan minda para rakan pembaca malam ini.. kisah ini mungkin kedengaran seperti kisah drama yang selalu menjadi tontonan kita, tetapi inilah hakikat yang perlu kita percaya yang ia turut berlaku dialam realiti.. kali ini, aku akan membuka lembaran kisah cinta rakan ku yang sedikit sebanyak memberikan aku pengajaran dalam menghargai perasaa kasih dan cinta yang lahir dalam jiwa. mungkin kami masih terlalu muda untuk memahami maksud cinta. namun begitu, aku sentiasa yakin pengalaman adalah guru yang terbaik dan pengalaman lah yang akan membuatkan kita menjadi dewasa.. sebermulanya kisah ini, rakan ku fieyQa telah diperkenalkan oleh sepupunya kepada seorang pria.. setiap perhubungan yang terjalin pasti bermula dengan persahabatan. setelah berkawan buat beberapa waktu, mereka mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat. tetapi, pada ketika itu aku dan eycha tidak mengetahui apa-apa pun berkenaan dengan perkara ini. setelah fieyQa dan pria itu bergelar "couple" baru aku dan eycha mengetahuinya. fieyQa sering meluangkan masa bersana dengan pria tersebut. mereka sering menikmati judah berbuka puasa bersama-sama. ibu dan ayah kepada sang pria tersebut turut mengenali fieyQa dan amat berkenan dengannya. namun begitu, fieyQa masih belum mempunyai keberanian untuk mengenalkan pria tersebut kepa ayahnya kerana fieyQa cukup masak dengan sikap ayah nya yang amat mengawasi tingkah laku sosial nya. sang pria tersebut memberanikan dirinya untuk berkunjung kerumah fieyQa pada hari raya aidilfitri baru-baru ini.. ada sesuatu diluarjangkaannya berlaku. ayah fieyQa membenarkannya untuk dia bersiar-siar bersama pria tersebut.. hal ini tidak pernah berlaku dan fieyQa merasa sedikit lega dan dia merasakan seolah-olah telah mendapatkan "green light" untuk perhubungan mereka.. namun, apa yang disangkannya ternyata meleset.. suatu petang, saat sang pria bertemu dengan fieyqa hanya di luar rumahnya, ayah fieyQa lantas memanggilnya untuk masuk kerumah. rupa-rupanya, ayah fieyQa mendengar buah mulut orang yang mengatakan sesuatu yang tidak benar mengenai pasangan tersebut.. mungkin si pria mendengar prtengkaran fieyQa dengan ayahnya, lalu mengambil keputusan untuk tidak menghubunginya sehingga peperiksaan SPM tamat.. mereka mampu untuk melakukannya hanya untuk seketika.. hahaha.. akhirnya mereka berhubung semula.. hubungn mereka kelihatan baik dan indah pada waktu itu sehinggalah muncul seorang lagi gadis yang cuba merosakkan hubungan mereka.. apa yang aku dapat katakan tentang gadis itu hanya menggunakan ayat nhe "PMR belum pass.. ada hati mahu bercouple.." yang aku pelik, punyalah main ramai lelaki yang ada di daerah ni, sang pria itu juga yang dikehendakkannya.. sehinggakan macam-macam yang dilakukan oleh gadis itu.. lama-kelamaan, ayah sang pria teersebut mengetahui akan kerenggangan hubungan antara mereka berdua lalu meminta sang pria tersebut untuk mengambil fieyQa atas tujuan ingin memulihkan hubungan mereka. apa yang menyedihkan, hubungan mereka tidak sempat diperbaiki kerana....... sang pria terlibat dengan sebuah kemalangan ngeri sehinggakan dia berada dalam keadaan koma ketika dimasukkan ke hospital.. fieyQa amat menyesali perbuatannya.. dia sanggup mengorbankan masanya setiap hari untuk pergi melawat sang pria tersebut di hospital.. genap seminggu sang pria tersebut koma, dengan izin yang maha esa, dia kembali sedar.. mungkin hanya tuhan yang tahu betapa bersyukurnya fieyQa pada ketika itu. satu kritikan yang mampu aku berikan terhadap sang pria.. dia seperti tidak tahu menghargai penat lelah fieyQa dia menepis tangan fieyQa disaat dia ingin memegang tangan sang pria yang amat dikasihinya. walhal, pria tersebut boleh memegang tangan si gadis yang seorang itu deengan erat dihadapan fieyQa.. tidak kah dia fikir apa perasaa fieyqa.. fieyQa yang setia menemaninya setiap hari dilayan sedemikian rupa.. aku hanya mampu berdoa agar sang pria tersebut dibukakan mata dan hatinya untuk mendalami perasaan fieyQa.....

Sunday, October 17, 2010

kisah tiga sahabat (part 6)

hari semakin berlalu, hubungan diantara kami bertiga dengan sekumpulan lagi pelajar perempuan dikelas kami semakin renggang.. suasana didalam kelas kami ibarat mempunyai pelbagai kaum yang tidak sealiran.. kami dengan dunia kami dan mereka dengan dunia mereka..namun begitu, keindahan persahabatanku bersama dengan fieyqa dan eycha tidak pernah pudar. alhamdulilah.. kami sering membincangkan perkara yang berkaitan dengan pelajaran bersama dan itu banyak membantu kami dalam memntapkan minda. kami mengambil kelas tuisyen ditempat yang sama iaitu di pusat tusyen saujana. pada mulanya, hanya aku dan eycha yang mengambil kelas tuisyen disana sementara fieyQa masih lagi sibuk dengan aktiviti kokurikulum disekolah. hanya selepas beberapa bulan baru fieyQa mengikuti kelas tuisyen.. awalnya, kami bertiga mengambil matapelajaran kimia, fizik, matematik tambahan, dan juga matematik moden. namun begitu, kami mendapati bahawa kami tidak dapat mengikuti rentak kelas kimia yang beralun agak perlahan (membosankan) lalu mengambil keputusan untuk berhenti daripada mengambil kelas tuisyen bagi matapelajaran tersebut.. kami bertiga memang meminati matapelajaran yang melibatkan aktiviti kira-kira seperti matematik tambahan dan juga matematik moden.. bagi kami, adalah suatu kepuasan sekiranya mendapat jawapan bagi soalan-soalan yang diberikan.. kehidupan harian kami penuh dengan tuisyen yang hampir menyesakkan diri. hari isnin tuisyen fizik, hari khamis perlu menghadiri kelas lanjutan disekolah, hari jumaat perlu bergegas untuk mendapatkan ilmu matematik, petang sabtu pula perlu menghadiri kelas tuisyen bagi matematik tambahan.. begitu juga dengan cuti ahad yang sepatutnya menjadi hari berehat turut perlu diisi dengan kelas tuisyen matematik tambahan.. kami lakukan ini semua atas satu tujuan yang pasti, kerana ingin berjaya dalam kehidupan.. kehendak global pada masa kini semakin meningkat, oleh itu, kami perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai apa yang kami inginkan. aku yakin kami bertiga pasti mampu untuk mendapat yang terbaik sekiranya usaha yang kami jalankan selama ini diguna sebijak mungkin. meskipun didatangi dengan pelbagai onak dan ranjau duri, namun kami ketepikan segala permasalahan kami untuk seketika agar pelajaran tidak terjejas.. matlamat kami hanya satu, untuk meloloskan diri daripada penjara SPM dengan memperoleh keputusan yang superb.. huhuhu.. inyaAllah,, cerita dalam bahagian ini agak kurang sedikit berbanding biasa.. selebihnya akan aku lakarkan yang selebih nya pada bahagian yang seterusnya. aku ingin memberi laluan dahulu kepada peperiksaan yang bakal menentukan masa depan ku...

Saturday, October 16, 2010

kisah tiga sahabat (part 5)

tak sedar kan.. lembaran kisah mengenai aku dan sahabat quh telah berada di bahagian yang kelima. sungguhpun peperiksaan besar bakal aku hadapi lebih kurang dalam tempoh sebulan lagi, tapi aku masih lagi mampu untuk meluangkan sedikit masa umtuk mewarkahkan setiap detik persahabatan yang telah kami lalui bersama.. pada awal tahun ini, kami sekelas telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyelesaikan tugasan secara berkumpulan.. kami bertiga tetap berada dikumpulan yang sama namun ada lagi seorang pelajar yang turut menjadi ahli dalam kumpulan tersebut. kami diarahkan untuk mencari punca dan cadangan bagimana untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan gejala gansterisme yang melibatkan para remaja marcapada ini... pada mulanya, kmi bertiga dan seorang lagi ahli kumpulan kami kelihatan serasi untuk melaksanakan tugas bersama. aku, fieyqa dan eycha pernah melakukan sesuatu yang tidak pernah kami lakukan sepanjang kami pergi kebandar bersama-sama.. nak tahu apa yang kami lakukan? kami trun ke bandar dengan memakai baju kurung walaupun pada hari itu tak ada apa pun yang istimewa. kami sedia diketahui oleh rakan-rakan bahawa fesyen pakaian kami selalunya agak 'wild' tapi tak lah keterlaluan. tapi kami memakai baju kurung pada hari kami pergi ke bandar untuk membincangkan berkenaan dengan tugasan yang telah diberikan pada kami.. keadaan cuaca pada hari itu agak terik dan membuatkan kami berasa kurang selesa dengan penampilan kami.. pada tgahari tersebut,  kami mengambil keputusan untuk pergi makan tengahari di restoran singgah selalu. memang makanan kat sana mantap-mantap belaka,, huhuhu... best makan kat sana kena-kena lagi bila perut tengah mendendangkan lagu keroncong sebagai tanda perlu diisi.. masing-masing kami memesan apa yang ingin kami makan.. memang lepas makan perut kenyang giler... huhuhu...inilah kami, setiap kali jalan bersama, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencari spot makanan yang sedap-sedap... tapi itu bukan main idea dalam part ini..  kalau u all semua nak tahu, awal tahun ini, aku teah dihadiahkan surat "cinta" oleh guru disiplin disekolah sebagai natijah mencetuskan pergaduhan didalam kelas dan meninggikan suara kepada guru.. nak tahu macam mana hal ini boleh terjadi?? hari demi hari berlalu, perbezaan pendapat diantara akami bertiga dengan rakan sekumpulan kami semakin ketara.. aku tidak dapat menerima cadangan nya, dan dia pula mula untuk melakukan sesuatu keputusan tanpa sebarang perbincangan dengan kami.. dan pada ketika itu juga, kami turut diberikan tugasan lain oleh guru-guru yang lain.. aku mula panas hati dengan "mereka" (kecuali fieyqa dan melisa) apabila aku seakan-akan dicabar untuk membuat kertas pembentangan untuk subjek sejarah.. apabila ku telah menyiapkan kertas pembentangan tersebut dan kuserahkan kepada "mereka", "mereka" pula tidak ingin menggunakannya. memang aquh telah menyerahkan kertas pembentangan tersebut kepada mereka dengan cara yang agak kasar.. namun kelakuan ku menjadi begitu disebabkan oleh perasaan ku yang agak terganggu..disaat itu, aku masih mampu mengawal tahap kesabaran ku.. selepas kejadian itu, kami diberikan tugasan untuk membentangkan komsas bagi matapelajaran bahasa malaysia.. dan kami masih lagi berada dalam satu kumpulan yang sama dengan si dia yang menjadi ahli kumpulan kami untuk beberapa bidang tugas kami yang lain. pada hari pembentangan, si dia sudah pun melihat kami berdiri di hadapan pelajar lain untuk memulakan pembentangan. si dia pula dengan senang-lenang nya meminta pas keluar dengan guru bahasa malaysia kami dengan alasan ingin pergi ke tandas,, sedangkan si dia tahu yang dia perlu berdiri di hadapan bersama-sama dengan kami untuk melakukan pembentangan. apa yang membuatkan kami naik angin adalah si dia hanya memasuki kelas apabila pembentangan telah selesai dan si dia hanya memasang muka slamber.. namun aku masih lagy mengawal amarah ku.. pada hari isnin.. si dia dan kawan-kawan nya langsung tidak memasuki kelas. konon nya mereka pergi menyiapkan tugasan yang telah aku sebutkan diawal tadi..dia melakukan sesuatu keputusan tanpa sebarang perbincangan.. tetapi apabila sekembalinya kedalam kelas.. dia mula menyindir kami yang bukan- bukan sehinggaakan darah ku menyirap hingga ke otak..... "ppppaaaaaappppp!!!" berbunyi buku terhempas di muka nya.. ketika itu aku sudah tidak mampu untuk mengawal perasaan ku dan pada ketika itu jugak aku mula meninggikan suara ku kepada cikgu.. pada keesokan harinya, si dia membawa ibu dan bapa nya kesekolah.. aku pula tidak dipanggil tetapi pakcik ku yang bertugas sebagai kerani di sekolah itu dipanggil oleh pengetua.. aku tidak dapat berbuat apa kerana hal itu sudah berlaku.. selang beberapa hari, aku dan si dia diberikan surat amaran dan turut diberikan sesi kaunseling.. pada sesi kaunseling tersebut, aku dan si dia berjaya memulihkan hubungan kami.. walaupun begitu, konflik di antara kami blum tamat setakat di situ sahaja..

Friday, October 15, 2010

kisah tiga sahabat (part 4)

kita tinggalkan kisah sedih yang pernah menyelubungi hidupku suatu ketika dahulu. mari kita congak lembaran baru ini yang akan mengisahkan tentang kehidupan remajaku yang kulalui bersama dua orang sahabat karibku.
pada bahagian-bahagian yang sebelum ini, aku telah bercerita berkenaan dengan sahabat serba sedikit. hhhmmm... pada halaman kali ini, aku ingin mengajak para pembaca sekalian untuk menyingkap kisahku bersama dengan eycha. eycha, seorang gadis yang hampir sempurna. memiliki keindahan paras rupa yang manis, mempunyai ketinggian tubuh yang hampir menyerupai seorang model, lahir disebuah keluarga yang boleh dikatakan berharta, mempunyai tahap iQ yang agak mantap, dan tidak kurang juga dengan akhlaknya. walaupun dilimpahkan dengan kepelbagaian dalam hidupnya, dia tidak pernah memandang rendah terhadap rakan-rakan yang lain. sebaliknya, dia seorang yang peramah namun agak memilih kawan. ramai yang beranggapan bahawa dia adalah seorang gadis yang sombong.. tetapi, bagi aku yang telah mengenalinya hampir dua tahun, aku boleh memberi jaminan bahawa tidak rugi bagi sesiapa yang ingin berkawan dengannya. dia juga tidak ada kurangnya dengan aku dan fieyQa, turut mempunyai konflik peribadi yang rasa-rasanya tidak perlu aku warkahkan. dia seorang yang tahu mengawal emosi. setiap kali dia menghadapi sebarang masalah, dia pasti akan hadapinya dengan tenang dan akhirnya masalah yang dihadapinya akan lenyap dengan mudah.. kenangan antara kami bertiga terlalu banyak.. sehinggakan aku tidak tahu ingin menceritakan yang mana satu.. sekiranya kami keluar pergi bersiar-siar, kami pasti akan mencari tempat untuk mengisi perut yang best2.. mungkin pekerja-pekerja yang bertugas di pizza hut jemu melihat wajah kami yang hampir seminggu tiga kali masuk ke restoran tersebut untuk makan. hahaha.. memang agak membazir, tapi itu lah antara aktiviti kegemaran kami. aku teringat kembali akan perangai eycha yang suka untuk membeli pakaian secara 'pukal'.. aku pernah menemaninya untuk berbelanja suatu ketika dahulu,mungkin agak mengejutkan bagi sesiapa yang baru sahaja mengenali insan tersebut.. dia akan membeli seberapa banyak pakaian yang dia inginkan sekiranya dia mengunjungi sesebuah kedai pakaian ataupun butik-butik pakaian..
dia seorang yang cukup optimis dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar. dia bijak mengatur masanya dalam pelajaran dan juga untuk diri sendiri.. nak crita sal kenangan kami, memang banyak. last year kami bertiga sering bersiar-siar di bandar untuk menghilangkan tekanan yang kami rasai.. antara favourite spot  kami ialah highway, sega(hanya masuk k-box untuk menyanyi), then pergi makan-makan, pergi window shopping, dan banyak lagilah acara kami.. persahabatan kami bertiga telah terjalin ibarat hubungan adik-beradik.. memang gempak gila kalau dapat besties macam fieyqa dan eycha.. hope our friendship will stand for forever and ever... i lurve you all chicks...

Wednesday, October 13, 2010

kisah tiga sahabat (part 3)

hhhmmm... dalam kegembiraan yang kami lalui, ada jugak kesedihan yang melanda. sudah menjadi lumrah hidup.. ada gembira ada sedih ada suka ada duka.. sekitar bulan april, aku kehilangan satu-satunya adik kesayangan ku yang hanya berusia 1tahun 1bulan.. arwah pergi meninggalkan aku dan keluarga disebabkan olaeh jangkitan kuman pada otaknya. pada hari arwah adik ku meninggal, aku sempat mencium muka nya yang pucat pada awal subuh sebelum aku kesekolah, mukanya kelitahan seperti sedang menanggung perit yang teramat sangat. pada hari itu juga, fieyQa juga tidak hadir kesekolah. dia juga kurang sihat dan telah berkunjung ke hospital. ketika fieyQa berada di hospital, dia terlihat mummy ku mendukung arwah adik ku. pada petang itu. daddy memberitahu kepada ku bahawa adik sedang nazak di hospital, lalu membawa ku pergi melawatnya. ya Allah, bagai mahu runtuh jiwa ku apabila melihat badan adikku ditusuk-tusuk dengan jarum untuk membeeri ubat kepadanya. apatah lagi melihat adik quh yang berada didalam inkubator dan dikelilingi oleh doktor-doktor yang cuba sedaya mungkin untuk menyelamatkan adikku. waktu melawat hampir tamat, daddy menghantar ku balik kerumah. masih ramai lagi teman-teman sekelas ku yang tidak pernah menemui adik ku. lantas ku memberitahu mereka.. "kalau nak jumpa adikku boleh lah pergi melawat dia dihospital," tapi apa kejadian selepas itu, aku mendapat panggilan daripada daddy yang membuatkan perasaan ku hancur luluh bagaikan kaca yang jatuh berderai.. hanya sekujur tubuh kaku yang kutemui apabila arwah adikku dibawa pulang kerumah. aku seakan-akan tidak percaya semua ini terjadi pada ku. malam itu, aku terlena disebalah jasad arwah adikku yang kelihatan seakan-akan tersenyum dengan kami semua. aku amat bersimpati melihat keadaan mummy yang menyalahkan dirinya atas pemergian arwah adikku. aku sempat menghubungi fieyqa dan memberitahu kepada nya tentang pemergian arwah adikku... nak tahu apa jawapn yang kudapat..??? "ahhh... menipu lah kau fy, bru jak arhe tuh aku ke rumah mu. kau bawa lagi adik mu main sama aku, aku ndak caya lurh.." itulurh kata-kata yang terbias dari bicaranya. memang sukar untuk dipercayai, tapi itulah kenyataannya. adikku sudah tidak ada lagi....  adikku selamat dikebumikan ditanah perkuburan islan islamiah tawau pada keesokan hari nya sebelum solat zohor.. aku amat mengasihani abangku, dia langsung tidak sempat bertemu dengan arwah adikku kerana penerbangannya dri sarawak ke sabah memakan masa yang agak lama. sahabat karib ku turut mengunjungi rumah ku untuk melihat situasi pemergiaan adikku.. pada saat itu, baru aku mengeri erti sebenat persahabatan dan aku tidak mahu kehilangannya..

kisah tiga sahabat (part 2)

disinilah bermulanya kisah sahabat kami yang sebenar. kami mungkin kurang disenangi oleh segelintir pelajar-pelajar perempuan disekolah tersebut. namun, kami tidak menghiraukan kata orang kerana kami berepegang pada prinsip "kita ndak kacau dorang, jadik wat purh dorang mau panas ma kita". kalau nak tau, tahun lalu adalah kami bernakal-nakal. ada-ada sahaja yang kami lalukan. hujung minggu xpandai lekat kat rumah, mesti nak turun bandar. hari remaja lah di katakan. jangan katakan hujung minggu, balik sekolah pun sering turun kebandar. nak tahu ke bandar wat apa?? pergi online. hahahaha... time tuh, facebook masih belum lagi ramai pengguna macam sekarang ni. masih ramai lagi yang menggunakan friendster. jadi masa tu. kami bertiga nhe pown sibuk jugak nak urus friendster. nak mengutuk pun guna friendster, padahal bukan duduk berjauhan pun. hahaha... ada-ada sahaja kami ni..port lepak utama, hahaha.. taknak crita lah, biar itu jadik kenangan kami bertiga..

kat dalam kelas, kami ni paling tak minat dengan mata pelajaran sejarah. pernah sekali kat dalam kelas, masa matapelajaran sejarah, aku, fieyqa dam melisa bersurat-surat sebab takut dimarah bercerita. tanpa kami sedari, rupa-rupanya, cikgu perasan akan gelagat kami. dan kebetulan pula, pada waktu itu, aku meminta kebenaran dengan cikgu sebab nak pergi ke tandas.. nak tahu apa yang jadik kat dalam kelas...??? "noor fairuz, afiqah. melisa... cikgu tahu kamu tidak bercerita masa cikgu, tapi kamu bersurat-surat.." kata cikgu pada fieyqa dan eycha.. pada masa aku kembali ke kelas, mereka memberitahu kepada ku soal cikgu memarahi merreka, hampir pecah prut aku ketawa mendengar cerita mereka.. memng takkan ku lupa sampai bila-bila kenangan tuh..

nakal kami tidak berhenti disitu sahaja. terutama sekali akulah. pernah sekali aku hampir bergaduh di bandar.. port nya, rahsia.. pada masa itu ialh waktu balik sekolah, dan aku pula mendapat cerita yang something wrong then hampir bergaduh. tangan ku lebam masa tu.. huhuhu... fieyqa tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya tercegat dan melihat aku.. nasib baik lah pergaduhan tersebut sempat dileraikan.. huhuhu.. selepas pergaduhan itu, aku dan fieyQa pergi makan tengahari bersama. memang best kalau makan bersama kawan karib.. nasib baik lebam ditangan ku pada waktu itu tidak seberapa teruk.. tapi, sakitnya menanggung jugak...

kisah tiga sahabat (part 2)

disinilah bermulanya kisah sahabat kami yang sebenar. kami mungkin kurang disenangi oleh segelintir pelajar-pelajar perempuan disekolah tersebut. namun, kami tidak menghiraukan kata orang kerana kami berepegang pada prinsip "kita ndak kacau dorang, jadik wat purh dorang mau panas ma kita". kalau nak tau, tahun lalu adalah kami bernakal-nakal. ada-ada sahaja yang kami lalukan. hujung minggu xpandai lekat kat rumah, mesti nak turun bandar. hari remaja lah di katakan. jangan katakan hujung minggu, balik sekolah pun sering turun kebandar. nak tahu ke bandar wat apa?? pergi online. hahahaha... time tuh, facebook masih belum lagi ramai pengguna macam sekarang ni. masih ramai lagi yang menggunakan friendster. jadi masa tu. kami bertiga nhe pown sibuk jugak nak urus friendster. nak mengutuk pun guna friendster, padahal bukan duduk berjauhan pun. hahaha... ada-ada sahaja kami ni..port lepak utama, hahaha.. taknak crita lah, biar itu jadik kenangan kami bertiga..

kat dalam kelas, kami ni paling tak minat dengan mata pelajaran sejarah. pernah sekali kat dalam kelas, masa matapelajaran sejarah, aku, fieyqa dam melisa bersurat-surat sebab takut dimarah bercerita. tanpa kami sedari, rupa-rupanya, cikgu perasan akan gelagat kami. dan kebetulan pula, pada waktu itu, aku meminta kebenaran dengan cikgu sebab nak pergi ke tandas.. nak tahu apa yang jadik kat dalam kelas...??? "noor fairuz, afiqah. melisa... cikgu tahu kamu tidak bercerita masa cikgu, tapi kamu bersurat-surat.." kata cikgu pada fieyqa dan eycha.. pada masa aku kembali ke kelas, mereka memberitahu kepada ku soal cikgu memarahi merreka, hampir pecah prut aku ketawa mendengar cerita mereka.. memng takkan ku lupa sampai bila-bila kenangan tuh..

nakal kami tidak berhenti disitu sahaja. terutama sekali akulah. pernah sekali aku hampir bergaduh di bandar.. port nya, rahsia.. pada masa itu ialh waktu balik sekolah, dan aku pula mendapat cerita yang something wrong then hampir bergaduh. tangan ku lebam masa tu.. huhuhu... fieyqa tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya tercegat dan melihat aku.. nasib baik lah pergaduhan tersebut sempat dileraikan.. huhuhu.. selepas pergaduhan itu, aku dan fieyQa pergi makan tengahari bersama. memang best kalau makan bersama kawan karib.. nasib baik lebam ditangan ku pada waktu itu tidak seberapa teruk.. tapi, sakitnya menanggung jugak...

kisah tiga sahabat (part 1)

aku berbaring di atas katilku, sambil tanganku rancak menekan papan kekunci komputer ribaku untuk meluahkan rasa hati yang terpendam. sama ada yang menggembirakan, menyedihkan, yang menyakitkan hati mahupun yang membuat diriku naik angin. macam-macam yang harus ditempuhi dalam hidup. tiba-tiba, aku teringat kembali bagaimana aku bertemu dengan rakan-rakan karibku pada tahun lepas. semuanya bagai mimpi, kami yang didatangkan dari sekolah yang berbeza telah ditakdirkan untuk berkawan sehingga ke hari ini. suka duka kami lalui bersama, kami langsung tak pernah berpisah walau apapun konflik yang melanda. ku akui, banyak spekulator yang dengki akan persahabatan kami dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memisahkan kami bertiga. namun, hasil daripada kepercayaan sesama kami, kami menepis segala kata-kata yang disampaikan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan berjaya mempertahankan hubungan kami.

sambil berbaring di atas katilku, aku mengimbas kembali bagaimana persahabatan kami bertiga boleh bermula. upppsss... sebelum itu, biar aku kenalkan sahabat aku yang dua itu. yang pertama sekali ialah afiqah syahirah bte adnan atau lebih mesra dengan panggilan fieyqa. itu baru seorang, yang seorang lagi ialah melisa binti ismail atau lebih mesra dengan panggilan eycha.. sekarang baru mudah untuk ku mewarkahkan kisah persahabatan kami bertiga..

pada tahun 2009, kami bertiga berada di tingkatan empat.. fieyqa memang telah bersekolah di SMK tawau terlebih dahulu berbanding aku dan eycha.. pada tahun tersebut, eycha yang pada asalnya bersekolah di smk kinabutan telah berpindah ke sekolah tersebut... beberapa hari selepas itu. aku yang juga merupakan mantan pelajar sekolah itu pada tahun 2006 telah kembali ke sekolah tersebut selepas berpindah dari smk balung.. kami bertiga telah ditempatkan dalam kelas yang sama.. memang pada awal nya kami jarang bertegur, mungkin kerana masih merasa asing dengan suasana persekitaran yang baru. pada ketika itu, aku jarang melihat kelibat fieyqa kerana ddia jarang hadir ke sekolah. bukan disebabkan oleh penyakit "malas" tetapi disebabkan oleh masalah keluarga yang dialaminya. aku masih belum mula untuk merapatkan diriku dengan mereka. fieyqa adalah sahabat yang duduk bersebelahan dengan ku. aku mula merapati dirinya pada ketika dia hadir kesekolah dan aku mengajaknya untuk bermalam dirumahku kerana masa itu kami ingin melakukan sedikit tugasan sekolah dan kebetulan mummy ku berada pada shift malam pada masa tersebut.

malam itu. fieyqa betul-betul bermalam di rumah ku. kami berjalan ke rumah salah seorang rakan sekelas kami pada malam itu untuk meminta bantuannya menyerahkan kerja rumah physics pada keesokan hari kerana kami tidak dapat hadir kesekolah atas urusan tertentu. kami meluangkan banyak masa pada malam itu bersama-sama dan pada waktu itu, kami merasakan ada keserasian dalam diri kami lalu menjadi rapat sehingga kehari ini. sebelum mengenali eycha, kami kurang bercakap dengannya, mungkin atas dasar tidak kenal lagi..  kemudian. ramai rakan sekelas kami yang terlibat aktif dengan aktiviti sukan. pada ketika itulah, kami mula merapatkan diri dengan eycha dan tanpa disedari kami bertiga telah menjadi kawan rapat.

Monday, October 11, 2010

perasaan

cuba untuk memahami..
keadaan serabut yang menguasai diri..
perasaan ku yang bergolak..
seakan tiada penghujungnya..
sampai bila ku harus begini..??
perasaan ini seakan tiada titik noktahnya..
mungkinkah perasaan ini hanya akan terhenti saat nafas terakhir ku hembus..
ku ingin mencari jalan penyelesaiannya..
tetapi masih tidak ku jumpa..
semoga hati ini dapat menjalani hari-harinya tanpa sekatan..
dan menjalani sisanya dengan bahagia..

makna cinta

apa memang aku faham apa itu cinta..??
aku juga bingung...
sesuatu yang dikatakan cinta itu apa sebenarnya..??
apa mungkin aku masih terlalu mentah untuk memahami maksud cinta..??
ya.. mungkin juga...
kerana
situasi disekeliling ku..
menyatakn bahawa ada segolongan gadis seusia ku..
silap membuat penilaian tentang cinta..
anggapan mereka terhadap cinta itu salah..
memang cinta perlu pengorbanan..
tapi...
apa menyerahkan tubuh itu juga satu pengorbanan..??
makin ramai gadis yang tenggelam hasil kekhilafan diri mereka sendiri..
benih yang dihasilkan ibarat sampah yang boleh dibuang begitu sahaja..
tanpa memikir peradaban manusia yang sebenarnya..
apa yang sudah terjadi pada masyarakat hari ini..??
mana hilangnya rasa tanggungjawab yang ada pada kita??
pemikiran yang cetek membuatkan kita terperangkap dijalan kemusnahan..
semua masih belum terlambat..
asal kita sedar dan ingin mengubah diri..
untuk memahami erti cinta yang sebenar...

sang pujangga

saat ini..
aku tidak mengerti perasaan ku..
jiwa ku bagai dilanda badai musim bunga yg berkembang mekar..
bunyinya kedengaran lucu..
tapi itu lah perasaan ku sekarang..
tiba-tiba,
sang pujangga datang mengetuk kamar hati ini..
ku akui..
ku juga menyukai dia..
namun..
sepantas rasa aku seperti terpanah oleh kejutan halilintar..
apa mungkin aku bersamanya??
apa mungkin aku dapat memilikinya??
oh tuhan...
ingin sekali aku mendapatkn jawapan bagi pertanyaan ku itu..
aku juga sering memikirkan tentang sesuatu yang bisa saja memisahkan aku dari dia..
bagaimana harus aku melenyapkan tanda tnya ini dri mengacau pemikiran ku..??
semuanya ku serahkan pada takdir untuk menentukan...
aku hanya mampu berdoa agar diberi yang terbaik dalam hidup ku...

Monday, September 13, 2010

HARI INI..

hari ini..
hati ini gembira yang teramat sangat..
ada juga insan yang sudi menghiburkan hati ini..
walaupun hampir setiap hari aku bersama dengannya..
namun kami tidak pernah berasa  jemu..
kerana dia adalah sahabat karib ku..

hari ini..
aku dan dia pergi bersiar-siar bersama-sama..
kami pergi menonton wayang bersama..
pergi melepaskan tekanan minda bersama...
pergi melayan deria bersama...
gembira sangat-sangat..

hari ini..
afiqah syahirah menggembirakan aku..
walau ku mempunyai lara di hati..
namun gelagatnya..
berjaya membuat ku tersenyum lebar..
dia memang benar-benar sahabat yang baik..

aku berharap..
persahabatan kami kekal buat selamanya..
dan aku berharap..
memori hari ini..
tidak akan terpadam buat selamanya..
sehingga ke akhir hayat..


Saturday, September 11, 2010

AKU

masa berlalu begitu pantas..
tanpa ku sedari..
aku kini telah berada di usia 17 tahun..
banyak yang telah ku lalui..
banyak yang telah ku tempuhi..
tanpa menyedari akan kekhilafan yang membelenggu diri..


aku tahu..
aku belum cukup dewasa..
untuk memahami erti sebuah kehidupan..
namun..
aku cukup pasti..
pengalaman mengajar ku..
untuk memahami erti sebuah kehidupan..


kehidupan yang penuh rencah..
penuh dengan warna-warni..
menghiasi setiap ruang jiwa ku..
ada yang cerah..
dan ada juga yang kelam..
macam-macam ada..
ku amat menghargai perasaan yang dikurniakan tuhan..


walaupun aku sering mengeluh..
sering memberontak..
sering mendengus..
tapi..
aku cukup rasional dalam setiap tingkah laku ku..
meskipun pernah melakukan kesilapan..


aku adalah aku..
tak ada siapa yang dapat mengubah hakikat itu..
aku tetap aku..
walau badai melanda hati..
aku tetap tabah menghadapi..
masa lampau adalah pengajaran buat ku..
dan masa depan adalah penentu kehidupan ku..





Friday, September 10, 2010

ABANG..

masuk tahun ini..
dah dua kali kita tak menyambut aidilfitri bersama..
engkau yang berada di perantauan..
sibuk menelaah demi mengajar cita-cita..

sebak menusuk kalbu..
tika engakau bercakap dengan ku..
menerusi talian telefon..
yang menghubungkan kita..

aku rindu..
disaat engkau ada disini..
mendengar gelak tawa mu..
mendengar senda gurau mu..

wahai abangku..
warkah ini ku hasilkan..
khas untuk mu seorang..
walau berjuta yang membaca..

aku sayang padamu..
walau kita sering bertengkar..
aku memohon maaf..
sekiranya engkau pernah berkecil hati dengan ku..

pada aidilfitri ini..
ku harap engkau maafkan kesilapan lalu ku..
ku harap engkau mendoakan diriku..
mendoakan mummy dan daddy..
demi kesejahteraan kita bersama..

bumi yang ditindas..

kekejaman mereka menggegar seluruh pelosok palestin..
tanpa menghirau nyawa yang tidak berdosa..
wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa..
keatas agenda mereka yang tersendiri..


sampai bila ini harus berterusan?
sampai bila bumi palestin harus bermandikan darah?
sampai bila zionis terus mengecam mereka?
sampai bila? sampai bila?

penduduk bumi yang tidak mampu bertindak..
membuatkan zionis seakan-akan menjadi kuasa besar..
yang berhak keatas setiap titis darah palestin..
yang menghalalkan nyawa palestin kepada mereka..

alangkah indahnya jika warga bumi bersatu..
menghentikan penderitaan palestin..
menghapuskan kuasa rejim zionis..
agar ia tinggal menjadi sejarah..

palestin..
bumi yang kini sedang ditindas..
dikala kita menikmati kesenangan..
mereka dicumbu oleh kesengsaraan..

sedar lah warga bumi..
mereka perlu bantuan..
hulurlah seberapa yang mampu..
agar dapat diringan kan kesengsaraan mereka..




LOVE

LOVE..
taught me lots of lessons..
about smile..
about sad..
about pain..
and even about mad..

LOVE..
is a symbols of care..
is a wonderful feeling we had..
the greatest feeling  for all the creatures..
appreciate the feeling...

LOVE...
makes my life to be so colorful..
always wondering the magical of love..
always dreaming the beauty of love..
and always hoping the warm of love..

LOVE...
sometimes it makes me cry..
sometimes it makes me sad..
sometimes it hurts me..
and sometimes it makes me bleed..

LOVE..
let it in yourself..
without love..
you will never know who are you supposed to be..
and you will never find you true self...  






fata morgana..

ku terpedaya..
dek pujuk rayu hawa nafsu diri..
yang membawa ku ke kancah kebinasaan..
tanpa menyedari perkara yang hakiki..

ku terpedaya..
dek khayalan minda yang hanya sekadar fata morgana..
yang kononnya menjanjikan kebahagiaan..
tanpa menyedari racunnya membunuh diri ini..

eksplisitnya kini..
segalanya telah terlewat..
hati ku punah dimamah sengsara..
kata-kata manis yang pernah ku dengari..
rupanya hanya sekadar pemanis bicara..

dan..
ingin ku menyesali kerana mengenali dirinya..
namun ku tak berdaya..
kerana jauh disudut hati ku..
ku masih menyayangi nya..

harapan ku hanya satu..
agar dia tidak mengubah diri nya..
menjadi insan yang lebih menghargai..
memahami dan mempunyai perasaan timbang rasa..
terhadap insan yang bergelar..
hawa...

Thursday, September 9, 2010

a broken hearted girl..

long ago..
i didn't know loving you is one of the most hurting thing..
i thought u love me sincerely..
i thought u care for me sincerely....
i thought u were everything for me..
and..
i never thought u'll leave me..
without any reasons..


now i realize..
i was not supposed to be in love wif u,,
i will not get hurt if i'm not loving u..
i'll do anything as long as it can make me to forget u..
but i can't..
i don't know why..
maybe my feeling towards u is too deep..
until i'm hurting another's heart..
 
it's all because of u..
i lose my life...
i'm such a fool because i love u..
i will not forget what u've done to me..
but..
i'll also never stop praying for ur happiness...
hope one day u'll change..
and stop playing other's feeling... 







sahabat ku yang setia..

sahabat..
aku ingin mengatakan aku sayang kalian..
kalian adalah sahabat terbaik yang pernah aku jumpa..
penyeri ketika gembira..
penghibur dikala duka..
walau baru dua tahun ku mengenali kaliaan..
naamun semangat persahabat yang kalian tunjukkan..
amat ku sanjungi..

sahabat...
jagan lah kita contohi mereka..
mereka yang bersahabat atas sesuatu agenda..
penuh dengan omong kosong..
agenda yang akhir nya meranapkan persahabatan mereka..

sahabat...
aku amat berharap..
persahabatan ini akan kekal selama nya..
kerana aku amat menyayangi kalian..
akan ku ingat segala memori kita bersama..
zaman persekolahan yang penuh dengan warna warni...

sahabat..
selepas ini..
janganlah kita menjadi sombong dn bongkak..
kerana itu akan merosakkan hubungan kita yang terjalin..
selama ini...
hanya tiga patah kata yang dapat aku lirikkan buat kalian..
aku sayang kalian..
melisa dan afiqah..
sahabat ku sepanjang hayat..