kita tinggalkan kisah sedih yang pernah menyelubungi hidupku suatu ketika dahulu. mari kita congak lembaran baru ini yang akan mengisahkan tentang kehidupan remajaku yang kulalui bersama dua orang sahabat karibku.
pada bahagian-bahagian yang sebelum ini, aku telah bercerita berkenaan dengan sahabat serba sedikit. hhhmmm... pada halaman kali ini, aku ingin mengajak para pembaca sekalian untuk menyingkap kisahku bersama dengan eycha. eycha, seorang gadis yang hampir sempurna. memiliki keindahan paras rupa yang manis, mempunyai ketinggian tubuh yang hampir menyerupai seorang model, lahir disebuah keluarga yang boleh dikatakan berharta, mempunyai tahap iQ yang agak mantap, dan tidak kurang juga dengan akhlaknya. walaupun dilimpahkan dengan kepelbagaian dalam hidupnya, dia tidak pernah memandang rendah terhadap rakan-rakan yang lain. sebaliknya, dia seorang yang peramah namun agak memilih kawan. ramai yang beranggapan bahawa dia adalah seorang gadis yang sombong.. tetapi, bagi aku yang telah mengenalinya hampir dua tahun, aku boleh memberi jaminan bahawa tidak rugi bagi sesiapa yang ingin berkawan dengannya. dia juga tidak ada kurangnya dengan aku dan fieyQa, turut mempunyai konflik peribadi yang rasa-rasanya tidak perlu aku warkahkan. dia seorang yang tahu mengawal emosi. setiap kali dia menghadapi sebarang masalah, dia pasti akan hadapinya dengan tenang dan akhirnya masalah yang dihadapinya akan lenyap dengan mudah.. kenangan antara kami bertiga terlalu banyak.. sehinggakan aku tidak tahu ingin menceritakan yang mana satu.. sekiranya kami keluar pergi bersiar-siar, kami pasti akan mencari tempat untuk mengisi perut yang best2.. mungkin pekerja-pekerja yang bertugas di pizza hut jemu melihat wajah kami yang hampir seminggu tiga kali masuk ke restoran tersebut untuk makan. hahaha.. memang agak membazir, tapi itu lah antara aktiviti kegemaran kami. aku teringat kembali akan perangai eycha yang suka untuk membeli pakaian secara 'pukal'.. aku pernah menemaninya untuk berbelanja suatu ketika dahulu,mungkin agak mengejutkan bagi sesiapa yang baru sahaja mengenali insan tersebut.. dia akan membeli seberapa banyak pakaian yang dia inginkan sekiranya dia mengunjungi sesebuah kedai pakaian ataupun butik-butik pakaian..
dia seorang yang cukup optimis dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar. dia bijak mengatur masanya dalam pelajaran dan juga untuk diri sendiri.. nak crita sal kenangan kami, memang banyak. last year kami bertiga sering bersiar-siar di bandar untuk menghilangkan tekanan yang kami rasai.. antara favourite spot kami ialah highway, sega(hanya masuk k-box untuk menyanyi), then pergi makan-makan, pergi window shopping, dan banyak lagilah acara kami.. persahabatan kami bertiga telah terjalin ibarat hubungan adik-beradik.. memang gempak gila kalau dapat besties macam fieyqa dan eycha.. hope our friendship will stand for forever and ever... i lurve you all chicks...
No comments:
Post a Comment