hallu.... diz is mizz chenta's blog.. i'm new in this.. please drop me some motivated comment.. and if there's any mistakes in my vocabulary.. i'm sorry... huhuhu... ^_^
Sunday, October 17, 2010
kisah tiga sahabat (part 6)
hari semakin berlalu, hubungan diantara kami bertiga dengan sekumpulan lagi pelajar perempuan dikelas kami semakin renggang.. suasana didalam kelas kami ibarat mempunyai pelbagai kaum yang tidak sealiran.. kami dengan dunia kami dan mereka dengan dunia mereka..namun begitu, keindahan persahabatanku bersama dengan fieyqa dan eycha tidak pernah pudar. alhamdulilah.. kami sering membincangkan perkara yang berkaitan dengan pelajaran bersama dan itu banyak membantu kami dalam memntapkan minda. kami mengambil kelas tuisyen ditempat yang sama iaitu di pusat tusyen saujana. pada mulanya, hanya aku dan eycha yang mengambil kelas tuisyen disana sementara fieyQa masih lagi sibuk dengan aktiviti kokurikulum disekolah. hanya selepas beberapa bulan baru fieyQa mengikuti kelas tuisyen.. awalnya, kami bertiga mengambil matapelajaran kimia, fizik, matematik tambahan, dan juga matematik moden. namun begitu, kami mendapati bahawa kami tidak dapat mengikuti rentak kelas kimia yang beralun agak perlahan (membosankan) lalu mengambil keputusan untuk berhenti daripada mengambil kelas tuisyen bagi matapelajaran tersebut.. kami bertiga memang meminati matapelajaran yang melibatkan aktiviti kira-kira seperti matematik tambahan dan juga matematik moden.. bagi kami, adalah suatu kepuasan sekiranya mendapat jawapan bagi soalan-soalan yang diberikan.. kehidupan harian kami penuh dengan tuisyen yang hampir menyesakkan diri. hari isnin tuisyen fizik, hari khamis perlu menghadiri kelas lanjutan disekolah, hari jumaat perlu bergegas untuk mendapatkan ilmu matematik, petang sabtu pula perlu menghadiri kelas tuisyen bagi matematik tambahan.. begitu juga dengan cuti ahad yang sepatutnya menjadi hari berehat turut perlu diisi dengan kelas tuisyen matematik tambahan.. kami lakukan ini semua atas satu tujuan yang pasti, kerana ingin berjaya dalam kehidupan.. kehendak global pada masa kini semakin meningkat, oleh itu, kami perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai apa yang kami inginkan. aku yakin kami bertiga pasti mampu untuk mendapat yang terbaik sekiranya usaha yang kami jalankan selama ini diguna sebijak mungkin. meskipun didatangi dengan pelbagai onak dan ranjau duri, namun kami ketepikan segala permasalahan kami untuk seketika agar pelajaran tidak terjejas.. matlamat kami hanya satu, untuk meloloskan diri daripada penjara SPM dengan memperoleh keputusan yang superb.. huhuhu.. inyaAllah,, cerita dalam bahagian ini agak kurang sedikit berbanding biasa.. selebihnya akan aku lakarkan yang selebih nya pada bahagian yang seterusnya. aku ingin memberi laluan dahulu kepada peperiksaan yang bakal menentukan masa depan ku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment