Friday, October 22, 2010

kisah tiga sahabat (part 8)

malam menjenguk lagi.. dan seperti biasa... aku akan berhadapan dengan komputer ribaku untuk menyusun baris-baris madah yang akan mengisahkan tentang kami tiga sahabat.. saat malam bermelankolikkan suara serangga-serangga malam.. aku ditemani akal fikiran ku untuk melakar cerita ini.. pada bahagian yang lalu aku telah menceritakan kisah percintaan sahabatku fieyQa. menyentuh hati bukan kisah nya?? namun, pada bahagian ini, aku akan menceritakan sesuatu yang pastinya biasa dialami oleh setiap individu yang bergelar pelajar.. pasti akan ada kenangan yang terindah didalam kelas bukan?? 5 Dinamik.. itulah kelas yang menjadi tempat untuk kami mengaut ilmu.. segala peristiwa pahit.. manis .. suka.. duka terjadi didalam kelas kami.. kami ada pelajar-pelajar yang mengambil bidang matapelajaran kimia fizik, matematik tambahan dan reka cipta/sains pertanian.. kalau anda semua nak tahu.. suasana dalam kelas kami memang "happening" setiap hari.. kerana.. kami mempunyai barisan pelajar lelaki yyang cukup sporting.. walaupun sikap mereka yang agak nakal sedikit sebanyak memberi ganguan ketika hati ingin belajar sepenuhnya.. namun.. tanpa mereka dalam kelas.. kelas menjadi seolah-olah sedang menghadapi musim dingin.. itu lah metafora yang boleh aku berikan untuk menggambarkan betapa sunyinya kelas tanpa lawak jenaka mereka.. aku yakin bahawa mereka adalah sahabat yang baik walaupun ada masanya membuatkan aku merasa geram dengan tindakan mereka.. orang-orang yang aku sebutkan itu ialah pelajar-pelajar lelaki didalam kelas ku.. kelas kami hanya menenpatkan 28 orank pelajar sahaja.. dan populasi pelajar perempuan dalam kelas kami hanya seramai 10 orang sahaja.. oleh itu.. lelaki yang menguasai kelas.. huhuhu... pelajar-pelajar lelaki dalam kelas ku mempunyai mulut yang agak bising.. hanya diam pada waktu awal pagi.. apabila mereka semua dah berjumpa.. mula lah ketawa sehingga tak ingat dunia.. huhuhu.... kadang-kadang geli hati jugak apabila mendengar hilai tawa mereka.. satu aktiviti kesukaan mereka.. main hempap.. alah.. yang macam main rugby tuh.. kasihan lurh kalau yang terhempap tuh berbadan kecil kerana kebanyakkan pelajar lelaki yang ada dalam kelas ku memiliki tubuh badan yang agak besar dan sasa.. kalau nak dengar kelas kami aman.. hanya pada satu masa sahaja,, iaitu pada masa peperiksaan,, memang senyap..huhuhu...perempuan kat dalam kelas aku mempunyai sifat yang agak skema.. mungkin sebab bergelar kaum hawa,, meskipun sedemikian.. sifat menghargai persahabatan dalam segelintir diri srikandi 5 dinamik tidak boleh dinafikan.. aku terimbas kembali akan suatu peristiwa yang menempah diriku pada tahun lalu.. waktu itu adalah pagi rabu.. cuaca pada dinihari itu agak sejuk.. dan aku pula pada ketika itu agak kurang sihat tetapi masih menghadirkan diri kesekolah.. kebetulan pada ketika itu aku duduk dibawah kipas yang sedang ligat berpusing dan menyebabkan hawa menjadi bertambah sejuk.. jari-jemari ku mula kelihatan pucat.. bibir ku juga menunjukkan tanda yang sama.. kemudian tubuh ku terasa seperti digoncang kerana ku mula mengigil... nafas ku mula sesak.. dan penglihatan ku mulai kabur.. tanpa disedari, aku terus terjatuh kebahu kawanku.. dengan segera,, mereka rakan-rakan ku mengangkat aku kebilik guru lalu memanggil ambulans untuk membawaku kehospital.. disaat itu hanya aku yang tahu bagaimana perasaan berterima kasihku terhadap rakan-rakan yang telah banyak membantu ku...:)
kenangan aku bersama warga 5dinamik pasti akan ku sematkn dengan kemas didalam kotak ingatan ku.. agar ia tetap bersemadi sepanjang hayat dan menjadi kenangan terindah buat aku dan 5Dinamik... :)

No comments:

Post a Comment