saat malam melabuhkan tirainya, aku seperti biasa menghadap komputer ribaku untuk mencurahkan segala yang terbuku didalam hatiku.. malam ini, aku tidak mempunyai idea yang mampu kukeluarkan dari kotak pemikiranku kerana mindaku sesak dengan jiwaku yang luka. mungkin para pembaca untuk malam ini tertanya-tanya mengapa aku tidak seperti malam-malam yang sebelum ini yang hanya menukilkan kisah-kisah aku bersama sahabat-sahabat karibku. hal ini kerana malam ini aku seperti kehilangan seseorang yang penting dalam hidupku. walaupun baru sahaja aku mengenali dirinya, aku sudah terasa seperti pernah mengenalinya suatu ketika dahulu. aku mungkin telah banyak melakukan kesilapan ke atas dirinya. dan mungkin jugak aku telah banyak menyusahkan dia. aku senang bila bersama dengannya, aku senang mendengar lawak jenakanya, aku senang melihat wajahnya. setiap detik waktu pertemuan aku bersamanya masih lagi tersimpan kemas dalam ingatan ku. salahkah sekiranya aku mencemburuinya? mungkin kerana jarak usia kami yang agak jauh membuatkan tahap pemikiran kami tidak sealiran. mungkin aku tidak padan untuk bersma dengannya.. dan mungkin juga kami hanya ditakdirkan untuk berkawan sahaja.. mungkin juga belum tiba masanya untuk aku menjalinkan hubungan ini... aku bingung..!!! banyak sangat persoalan yang timbul.. bagaimana jika aku kehilangannya..?? bagaimana jika orang lain mengambilnya dari aku..??? bagaimana jika aku perlu bersendirian lagi?? semua nya sudah terlambat sebab aku memang telah kehilangan dia.. setiap tempat yang kami kunjungi ketika bersua pasti akan aku memorikan dengan indah... dan aku tidak akan lagi mengunjungi tempat-tempat tersebut melainkan dengan dia....... apa-apa pun, aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan juga kebahagiaannya.. sekiranya dia membaca warkah ku ini, aku bukan menaruh simpati.. ini hanyalah sekadar juraian kata-kata yang menggambarkan perasaan ku sekarang.. harap aku dapat jalani kehidupan ku tanpa dia dengan sabar...
aku hanya memerlukan sejam sahaja untuk mengenalimu..
aku hanya memerlukan sejam sahaja untuk merapatimu..
aku hanya memerlukan sejam sahaja untuk jatuh hati kepadamu..
namun..
aku tidak dapat melenyapkan mu dari fikiranku sampai bila-bila..
aku tidak dapat menghapuskan rasa rinduku terhadapmu..
aku tidak boleh berdiri kukuh tanpa mu..
tapi..
aku akan cuba untuk harunginya sendirian.....
cntik blog...cam oragnya,,,huhu
ReplyDeletehuhuhuhu.... makasih lorh..
ReplyDelete