Wednesday, October 13, 2010

kisah tiga sahabat (part 1)

aku berbaring di atas katilku, sambil tanganku rancak menekan papan kekunci komputer ribaku untuk meluahkan rasa hati yang terpendam. sama ada yang menggembirakan, menyedihkan, yang menyakitkan hati mahupun yang membuat diriku naik angin. macam-macam yang harus ditempuhi dalam hidup. tiba-tiba, aku teringat kembali bagaimana aku bertemu dengan rakan-rakan karibku pada tahun lepas. semuanya bagai mimpi, kami yang didatangkan dari sekolah yang berbeza telah ditakdirkan untuk berkawan sehingga ke hari ini. suka duka kami lalui bersama, kami langsung tak pernah berpisah walau apapun konflik yang melanda. ku akui, banyak spekulator yang dengki akan persahabatan kami dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memisahkan kami bertiga. namun, hasil daripada kepercayaan sesama kami, kami menepis segala kata-kata yang disampaikan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan berjaya mempertahankan hubungan kami.

sambil berbaring di atas katilku, aku mengimbas kembali bagaimana persahabatan kami bertiga boleh bermula. upppsss... sebelum itu, biar aku kenalkan sahabat aku yang dua itu. yang pertama sekali ialah afiqah syahirah bte adnan atau lebih mesra dengan panggilan fieyqa. itu baru seorang, yang seorang lagi ialah melisa binti ismail atau lebih mesra dengan panggilan eycha.. sekarang baru mudah untuk ku mewarkahkan kisah persahabatan kami bertiga..

pada tahun 2009, kami bertiga berada di tingkatan empat.. fieyqa memang telah bersekolah di SMK tawau terlebih dahulu berbanding aku dan eycha.. pada tahun tersebut, eycha yang pada asalnya bersekolah di smk kinabutan telah berpindah ke sekolah tersebut... beberapa hari selepas itu. aku yang juga merupakan mantan pelajar sekolah itu pada tahun 2006 telah kembali ke sekolah tersebut selepas berpindah dari smk balung.. kami bertiga telah ditempatkan dalam kelas yang sama.. memang pada awal nya kami jarang bertegur, mungkin kerana masih merasa asing dengan suasana persekitaran yang baru. pada ketika itu, aku jarang melihat kelibat fieyqa kerana ddia jarang hadir ke sekolah. bukan disebabkan oleh penyakit "malas" tetapi disebabkan oleh masalah keluarga yang dialaminya. aku masih belum mula untuk merapatkan diriku dengan mereka. fieyqa adalah sahabat yang duduk bersebelahan dengan ku. aku mula merapati dirinya pada ketika dia hadir kesekolah dan aku mengajaknya untuk bermalam dirumahku kerana masa itu kami ingin melakukan sedikit tugasan sekolah dan kebetulan mummy ku berada pada shift malam pada masa tersebut.

malam itu. fieyqa betul-betul bermalam di rumah ku. kami berjalan ke rumah salah seorang rakan sekelas kami pada malam itu untuk meminta bantuannya menyerahkan kerja rumah physics pada keesokan hari kerana kami tidak dapat hadir kesekolah atas urusan tertentu. kami meluangkan banyak masa pada malam itu bersama-sama dan pada waktu itu, kami merasakan ada keserasian dalam diri kami lalu menjadi rapat sehingga kehari ini. sebelum mengenali eycha, kami kurang bercakap dengannya, mungkin atas dasar tidak kenal lagi..  kemudian. ramai rakan sekelas kami yang terlibat aktif dengan aktiviti sukan. pada ketika itulah, kami mula merapatkan diri dengan eycha dan tanpa disedari kami bertiga telah menjadi kawan rapat.

No comments:

Post a Comment