Saturday, November 20, 2010

two days left........

Aiyoo.......!!!  SPM akan datang MENGGEGARKAN OTAK quh dua hari laek..


wish me luck ya u all....!!

Thursday, November 18, 2010

new....

saat hati kelam menyatakan rasa rindu.. aq mula teringatkan laman blog quh yang telah lama tidak quh jenguk.. lalu terasa ringan jari-jemari quh untuk mencurahkan ilham di dada... sudah terlalu lama aq tidak menulis d laman ini sehinggakan aq mula terasa kekok untuk memulakan setiap baris madah kata-kata quh.. SPM bakal merasuk ruang minda pelajar-pelajar tingkatan lima tidak lama lagi.. hanya selang beberapa hari sahaja lagi,  aq bakal duduk di dalam dewan peperiksaan untuk menentukan nasib masa hadapan quh.. takut bercampur sedih menjadi lauk kepada santapan jiwa quh kini.. takut kerana memikirkan persiapan diri untuk menjalani peperangan individu dan sedih kerana bakal meninggalkan alam persekolahan tidak lama lagi.. pasti selepas ini.. baju sekolah quh hanya akan menjadi hiasan di kamar quh.. dan buku-buku sekolah pasti akan tersusun rapi tanda peringatan quh kepada alam persekolahan.. aquh ingin mendapat yang terbaik dalam peperiksaan ini untuk mencapai cita-cita quh.. begitu juga dengan rakan-rakan quh yang lain.. aquh harap mereka dapat melakukan yang terbaik.. peperiksaan yang perlu aquh jalani sepanjang 2 minggu nanti iaitu bermula pada 23november 2010 dan berakhir pada 06 disember 2010 pasti akan memberikan aquh seribu satu kenangan.. doa dan restu daripada orang tua quh dan juga barisan pendidik amat aquh perlukan sebagai penyuluh di suasana gelap agar aquh dapat menjawab soalan dengan sempurna..... selepas tamat pepriksaan aquh akan mula merajinkan diri untuk meng'update' lamam blog ini dengan pelbagai kisah suka dan duka yang telah aquh jalani sepanjang aquh bergelar pelajar sekolah......

Tuesday, October 26, 2010

kisah tiga sahabat (part 9)

saat bulan menggantikan posisi matahari..
saat dingin menggantikan kehangatan mentari
setiap detik silih berganti...
sentiasa aku berada disini.....

malam...... mungkin adalah waktu kegemaran ku... kerana hanya pada waktu malam sahaja yang mampu membuat aku untuk menukilkan sesuatu yang baharu di ruangan ini.. irama malam yang puitis di cuping telingaku memberikan aku suatu kedaimaian dalam hidup... dan pada kedinginan malam ini, aku akan cuba untuk melayarkan bahtera ceritera yang masih lagi berkaitan dengan diriku bersama rakan-rakan ku... kini, masa untuk kami bertiga untuk bersama cukup singkat.. sebulan akan datang kami bakal menghadapi peperiksaan penting yang bakal menentukan arah tuju kehidupan kami.. sepanjang persahabatan kami selama dua tahun, banyak suka duka yang telahh kami lalui bersama.. banyak yang aku pelajari dari mereka.. mereka adalah sahabat yang paling 'cool' yang pernah kukenali.. aku amat menghargai setiap detik pertemuan kami bersama.. aku paling suka bila berketawa dengan mereka... best.... aku suka pergi bersiar-siar bersama mereka walaupun dh agak lama kami xdapat bersiar-siar kerana sibuk menyiapkan diri untuk SPM.. wish plan kami pas SPM nhe menjadi.. paln itulah yang bakal menjadi kenangan terindah kami bersama.. aku juga kurang yakin jika kami dapat berjumpa secara kerap lagi selepas tamat persekolahan.. aku sayang mereka sangat-sangat.. setiap detik kebersamaan kami pasti akan menggembirakan.. hahahaha.. ohh ya.. baru-baru ni, kami menghadiri kelas tuisyen physics.. tapi tunggu punya tunggu, cikgu tak sampai-sampai lagi. jadi, kami bertiga pun membuat keputusan untuk pergi mencari makanan... eycha... dia nak makan goreng pisang yang ada cheese.. so.. kami pun pergi lah dekat iceworld.. tapi.. makanan tersebut tak ada sebab stallnya tutup.. jadik kami pun decide pergi kat area milimewa cari makanan.. tanpa kami sedari, kami dh buang banyak masa hanya untuk membeli makanan.. kami samai kat pusat tuisyen lebih kurang jam 3:45... hahahahahaha..... cikgu dah pun start mengajar.. yang kami ni,,, sampai-sampai jew kat kelas, trus makan.. sebab prut waktu tu tengah berkeroncong.. arrrrggghhhh....... LAPAR...!!! jadi kami pun makan sambil mendengar penjelasan cikgu.. padahal tak dapat nak fokus bab asyik nak makan.... dalam lebih kurang pukul 4 lebih baru aku dapat menumpukan perhatian dengan apa yang cikgu ajar...yang bestnya hari tu.. aku dan fieyQa susah nak berhenti ketawa.. ada saja yang menggelikan hati kami.. memang best lah arhe tuh... i'm gonna miss taht day damn much....!!! i love all my time with my besties.......

Friday, October 22, 2010

kisah tiga sahabat (part 8)

malam menjenguk lagi.. dan seperti biasa... aku akan berhadapan dengan komputer ribaku untuk menyusun baris-baris madah yang akan mengisahkan tentang kami tiga sahabat.. saat malam bermelankolikkan suara serangga-serangga malam.. aku ditemani akal fikiran ku untuk melakar cerita ini.. pada bahagian yang lalu aku telah menceritakan kisah percintaan sahabatku fieyQa. menyentuh hati bukan kisah nya?? namun, pada bahagian ini, aku akan menceritakan sesuatu yang pastinya biasa dialami oleh setiap individu yang bergelar pelajar.. pasti akan ada kenangan yang terindah didalam kelas bukan?? 5 Dinamik.. itulah kelas yang menjadi tempat untuk kami mengaut ilmu.. segala peristiwa pahit.. manis .. suka.. duka terjadi didalam kelas kami.. kami ada pelajar-pelajar yang mengambil bidang matapelajaran kimia fizik, matematik tambahan dan reka cipta/sains pertanian.. kalau anda semua nak tahu.. suasana dalam kelas kami memang "happening" setiap hari.. kerana.. kami mempunyai barisan pelajar lelaki yyang cukup sporting.. walaupun sikap mereka yang agak nakal sedikit sebanyak memberi ganguan ketika hati ingin belajar sepenuhnya.. namun.. tanpa mereka dalam kelas.. kelas menjadi seolah-olah sedang menghadapi musim dingin.. itu lah metafora yang boleh aku berikan untuk menggambarkan betapa sunyinya kelas tanpa lawak jenaka mereka.. aku yakin bahawa mereka adalah sahabat yang baik walaupun ada masanya membuatkan aku merasa geram dengan tindakan mereka.. orang-orang yang aku sebutkan itu ialah pelajar-pelajar lelaki didalam kelas ku.. kelas kami hanya menenpatkan 28 orank pelajar sahaja.. dan populasi pelajar perempuan dalam kelas kami hanya seramai 10 orang sahaja.. oleh itu.. lelaki yang menguasai kelas.. huhuhu... pelajar-pelajar lelaki dalam kelas ku mempunyai mulut yang agak bising.. hanya diam pada waktu awal pagi.. apabila mereka semua dah berjumpa.. mula lah ketawa sehingga tak ingat dunia.. huhuhu.... kadang-kadang geli hati jugak apabila mendengar hilai tawa mereka.. satu aktiviti kesukaan mereka.. main hempap.. alah.. yang macam main rugby tuh.. kasihan lurh kalau yang terhempap tuh berbadan kecil kerana kebanyakkan pelajar lelaki yang ada dalam kelas ku memiliki tubuh badan yang agak besar dan sasa.. kalau nak dengar kelas kami aman.. hanya pada satu masa sahaja,, iaitu pada masa peperiksaan,, memang senyap..huhuhu...perempuan kat dalam kelas aku mempunyai sifat yang agak skema.. mungkin sebab bergelar kaum hawa,, meskipun sedemikian.. sifat menghargai persahabatan dalam segelintir diri srikandi 5 dinamik tidak boleh dinafikan.. aku terimbas kembali akan suatu peristiwa yang menempah diriku pada tahun lalu.. waktu itu adalah pagi rabu.. cuaca pada dinihari itu agak sejuk.. dan aku pula pada ketika itu agak kurang sihat tetapi masih menghadirkan diri kesekolah.. kebetulan pada ketika itu aku duduk dibawah kipas yang sedang ligat berpusing dan menyebabkan hawa menjadi bertambah sejuk.. jari-jemari ku mula kelihatan pucat.. bibir ku juga menunjukkan tanda yang sama.. kemudian tubuh ku terasa seperti digoncang kerana ku mula mengigil... nafas ku mula sesak.. dan penglihatan ku mulai kabur.. tanpa disedari, aku terus terjatuh kebahu kawanku.. dengan segera,, mereka rakan-rakan ku mengangkat aku kebilik guru lalu memanggil ambulans untuk membawaku kehospital.. disaat itu hanya aku yang tahu bagaimana perasaan berterima kasihku terhadap rakan-rakan yang telah banyak membantu ku...:)
kenangan aku bersama warga 5dinamik pasti akan ku sematkn dengan kemas didalam kotak ingatan ku.. agar ia tetap bersemadi sepanjang hayat dan menjadi kenangan terindah buat aku dan 5Dinamik... :)

Tuesday, October 19, 2010

Ronan Keating - Superman

tentang dirinya

saat malam melabuhkan tirainya, aku seperti biasa menghadap  komputer ribaku untuk mencurahkan segala yang terbuku didalam hatiku.. malam ini, aku tidak mempunyai idea yang mampu kukeluarkan dari kotak pemikiranku kerana mindaku sesak dengan jiwaku yang luka. mungkin para pembaca untuk malam ini tertanya-tanya mengapa aku tidak seperti malam-malam yang sebelum ini yang hanya menukilkan kisah-kisah aku bersama sahabat-sahabat karibku. hal ini kerana malam ini aku seperti kehilangan seseorang yang penting dalam hidupku. walaupun baru sahaja aku mengenali dirinya, aku sudah terasa seperti pernah mengenalinya suatu ketika dahulu. aku mungkin telah banyak melakukan kesilapan ke atas dirinya. dan mungkin jugak aku telah banyak menyusahkan dia. aku senang bila bersama dengannya, aku senang mendengar lawak jenakanya, aku senang melihat wajahnya. setiap detik waktu pertemuan aku bersamanya masih lagi tersimpan kemas dalam ingatan ku. salahkah sekiranya aku mencemburuinya? mungkin kerana jarak usia kami yang agak jauh membuatkan tahap pemikiran kami tidak sealiran. mungkin aku tidak padan untuk bersma dengannya.. dan mungkin juga kami hanya ditakdirkan untuk berkawan sahaja.. mungkin juga belum tiba masanya untuk aku menjalinkan hubungan ini... aku bingung..!!! banyak sangat persoalan yang timbul.. bagaimana jika aku kehilangannya..?? bagaimana jika orang lain mengambilnya dari aku..??? bagaimana jika aku perlu bersendirian lagi?? semua nya sudah terlambat sebab aku memang telah kehilangan dia.. setiap tempat yang kami kunjungi ketika bersua pasti akan aku memorikan dengan indah... dan aku tidak akan lagi mengunjungi tempat-tempat tersebut melainkan dengan dia....... apa-apa pun, aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan juga kebahagiaannya.. sekiranya dia membaca warkah ku ini, aku bukan menaruh simpati.. ini hanyalah sekadar juraian kata-kata yang menggambarkan perasaan ku sekarang.. harap aku dapat jalani kehidupan ku tanpa dia dengan sabar...
aku hanya memerlukan sejam sahaja untuk mengenalimu..
aku hanya memerlukan sejam sahaja untuk merapatimu..
aku hanya memerlukan sejam sahaja untuk jatuh hati kepadamu..
namun..
aku tidak dapat melenyapkan mu dari fikiranku sampai bila-bila..
aku tidak dapat menghapuskan rasa rinduku terhadapmu..
aku tidak boleh berdiri kukuh tanpa mu..
tapi..
aku akan cuba untuk harunginya sendirian.....

Monday, October 18, 2010

kisah tiga sahabat (part 7)

kepekatan malam kian terasa, jari-jemari ku masih lagi lincah menekan huruf-huruf yang terdapat pada papan kekunci komputer riba ku... tergerak hati ku untuk melakarkan dan mewarnai sebuah kisah tentang rakan ku yang bakal menjadi santapan minda para rakan pembaca malam ini.. kisah ini mungkin kedengaran seperti kisah drama yang selalu menjadi tontonan kita, tetapi inilah hakikat yang perlu kita percaya yang ia turut berlaku dialam realiti.. kali ini, aku akan membuka lembaran kisah cinta rakan ku yang sedikit sebanyak memberikan aku pengajaran dalam menghargai perasaa kasih dan cinta yang lahir dalam jiwa. mungkin kami masih terlalu muda untuk memahami maksud cinta. namun begitu, aku sentiasa yakin pengalaman adalah guru yang terbaik dan pengalaman lah yang akan membuatkan kita menjadi dewasa.. sebermulanya kisah ini, rakan ku fieyQa telah diperkenalkan oleh sepupunya kepada seorang pria.. setiap perhubungan yang terjalin pasti bermula dengan persahabatan. setelah berkawan buat beberapa waktu, mereka mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat. tetapi, pada ketika itu aku dan eycha tidak mengetahui apa-apa pun berkenaan dengan perkara ini. setelah fieyQa dan pria itu bergelar "couple" baru aku dan eycha mengetahuinya. fieyQa sering meluangkan masa bersana dengan pria tersebut. mereka sering menikmati judah berbuka puasa bersama-sama. ibu dan ayah kepada sang pria tersebut turut mengenali fieyQa dan amat berkenan dengannya. namun begitu, fieyQa masih belum mempunyai keberanian untuk mengenalkan pria tersebut kepa ayahnya kerana fieyQa cukup masak dengan sikap ayah nya yang amat mengawasi tingkah laku sosial nya. sang pria tersebut memberanikan dirinya untuk berkunjung kerumah fieyQa pada hari raya aidilfitri baru-baru ini.. ada sesuatu diluarjangkaannya berlaku. ayah fieyQa membenarkannya untuk dia bersiar-siar bersama pria tersebut.. hal ini tidak pernah berlaku dan fieyQa merasa sedikit lega dan dia merasakan seolah-olah telah mendapatkan "green light" untuk perhubungan mereka.. namun, apa yang disangkannya ternyata meleset.. suatu petang, saat sang pria bertemu dengan fieyqa hanya di luar rumahnya, ayah fieyQa lantas memanggilnya untuk masuk kerumah. rupa-rupanya, ayah fieyQa mendengar buah mulut orang yang mengatakan sesuatu yang tidak benar mengenai pasangan tersebut.. mungkin si pria mendengar prtengkaran fieyQa dengan ayahnya, lalu mengambil keputusan untuk tidak menghubunginya sehingga peperiksaan SPM tamat.. mereka mampu untuk melakukannya hanya untuk seketika.. hahaha.. akhirnya mereka berhubung semula.. hubungn mereka kelihatan baik dan indah pada waktu itu sehinggalah muncul seorang lagi gadis yang cuba merosakkan hubungan mereka.. apa yang aku dapat katakan tentang gadis itu hanya menggunakan ayat nhe "PMR belum pass.. ada hati mahu bercouple.." yang aku pelik, punyalah main ramai lelaki yang ada di daerah ni, sang pria itu juga yang dikehendakkannya.. sehinggakan macam-macam yang dilakukan oleh gadis itu.. lama-kelamaan, ayah sang pria teersebut mengetahui akan kerenggangan hubungan antara mereka berdua lalu meminta sang pria tersebut untuk mengambil fieyQa atas tujuan ingin memulihkan hubungan mereka. apa yang menyedihkan, hubungan mereka tidak sempat diperbaiki kerana....... sang pria terlibat dengan sebuah kemalangan ngeri sehinggakan dia berada dalam keadaan koma ketika dimasukkan ke hospital.. fieyQa amat menyesali perbuatannya.. dia sanggup mengorbankan masanya setiap hari untuk pergi melawat sang pria tersebut di hospital.. genap seminggu sang pria tersebut koma, dengan izin yang maha esa, dia kembali sedar.. mungkin hanya tuhan yang tahu betapa bersyukurnya fieyQa pada ketika itu. satu kritikan yang mampu aku berikan terhadap sang pria.. dia seperti tidak tahu menghargai penat lelah fieyQa dia menepis tangan fieyQa disaat dia ingin memegang tangan sang pria yang amat dikasihinya. walhal, pria tersebut boleh memegang tangan si gadis yang seorang itu deengan erat dihadapan fieyQa.. tidak kah dia fikir apa perasaa fieyqa.. fieyQa yang setia menemaninya setiap hari dilayan sedemikian rupa.. aku hanya mampu berdoa agar sang pria tersebut dibukakan mata dan hatinya untuk mendalami perasaan fieyQa.....